atas

Sabtu, 11 Januari 2014

persediaan pertunangan anda???

Assalamualaikum...

rasa dah lama tak update blog saya ni, almaklumlah sibuk dengan rencana kehidupan.
hari ni  saya nak berkongsi sedikit pengalaman yang telah saya lalui iaitu hari pertunangan... bagaimana untuk menyiapkan persediaan untuk majlis yang 'simple2' aje macam yang aku buat..

 * majlis yang saya buat ini majlis merisik + bertunang

walaupun majlis pertunangan ni bukan benda wajid, tetapi kite tetap kena nak buat yg terbaik dan sesuatu yg boleh dikenang dengan barjet sederhana yang ade.

kadang2 ade yang berbelanja lebih demi ikatan pertunangan. bagi seorang yang agak cerewet dan "otak planner" macam saya.. mengadakan majlis pertunangan pertama dalam keluarga amat berat dan banyak yang mahu di fikirkan.

Pada saya, ia sekadar mengambil berkat dariNya dan mengenali kedua keluarga. namun masih nak yang terbaik

antara persediaan yang boleh anda buat adalah:

1) BARJET KENDURI ANDA:
 korang boleh selaraskan majlis makan2 dengan barjet yang korang ade.
macam majlis simple saya buat.. nasi + ayam masak serai + kari ikan + ikan masin goreng + sayur campur + ulam-ulaman + sambal belacan + air sunquick : lebih kurang RM 600. (mak n jiran yang masak)

2) BARANG HANTARAN PERTUNANGAN:
list dari awal barang yang mahu anda beri kepada pasangan anda (samada 5 dulang balas 7 dulang) atau sebagainya. untuk majlis pertunangan tak bertukar2 dulang hantaran sangat pun boleh, ini selalunye ikut trend, barjet dan kehendak anda ..

barang yang penting bagi aku korang kena@ wajid sedia :

LELAKI: tepak sireh, sireh junjung, dan cincin.
PEREMPUAN : sekadar sediakan buah tangan kepada keluarga yang datang.

# ##sedikit info##
dalam adat orang melayu : kebiasaan waktu merisik, keluarga lelaki datang untuk memastikan pihak perempuan yang bakal dipinangnya betul2 atau sahih bukan milik sesiapa.

bila keluarga lelaki puas hati mereka akan memberikan  cincin merisik kepada keluarga ppuan.

selepas itu, mereka datang membawa tepak sireh , sireh junjung dan cincin tunang... tepak sireh yang berbungkus kain akan dibuka oelh pihak perempuan tanda terima...

pada masa dahulu. keluarga akan makan sireh tersebut sebagai tanda pakat.

jadi perbincangan akan dibuat berkaitan belanja kawen, duit adat, dan sebagainya...

jadi bila dah setuju. cincin tunang akan disarungkan.

3) PELAMIN
bagi seorang yang pemalu macam saya ni, dah tentu saya tak akan order pelamin,hehe... so saya hiasi bilik saya dengan harapan keluarga lelaki akan menyarungnya didalam bilik...
akhirnya disebabkan ramai sangat yg nk tengok aku..(almaklum jarang makeup) terpaksa aku keluarga dan cincin disarung di ruang tamu diatas karpet ..waktu tu aku duduk di atas sofa lalu disarungkan cincin...

4) GODDIES
korang perlu sediakan sedikit goddies untuk sahabat yang hadir
yang itu ikut ape je korang nak beri... aku just bagi cup-cakes aje...

cantik tak???

itu aje saya rasa yang penting, kalau ade yang tertinggal saya akan update lagi...
# bagi pertamabkali yang nak buat majlis dalam keluaraga agak banyak juga belanja .perbelanjaan nya adalah seperti langsir, karpet, rias ruamh dan sebagai nya.. jadi jangan ambil mudah tentang majlis pertunangan. pastikan anda prepare baik2.. insya-Allah lepas majlis tunang tak banyak sangat perkara ayng nak diaturkan sangat.. sesungguhnya majlis tunang ini, membuatkan saya jelas pada majlis perkahwinan akan datang.









Tiada ulasan: