atas

Selasa, 6 Oktober 2015

apa yang perlu anda lakukan jika anda hamil


Ziza nk share sikit kepada ibu baru yang baru aje tahu anda hamil. Yer mula-mula mesti ade yang nebes xtentu pasal, mengikut pengalaman ziza sendiri, for the first time disahkan hamil memang cuak giler. Memang dah berlarutan muntah-muntah dan pening kepala sebelum tu. Namun tidak terpikir langsung akan hamil sebab kebanyakkan girl-girl zaman skrg amik masa juga untuk hamil selepas berkahwin.. Syukur alhamdulillah atas kurnian rezki.

Untuk mengesahkan kesahihan pregnen test tersebut, Ziza ke klinik swasta bagi melihat sendiri keadaan rahim samada terbuka atau tidak, selepas itu, baru lah mendaftar sebagai ibu hamil di klinik. 

Bagi ibu baru macam ziza, usia kandungan dalam 10- 12 minggu ok kot kalau daftar di klinik. Di klinik nanti jgn lupa plak bawak bukti perkahwinan anda dan kad pengenalan. Dalam proses pendaftaran tersebut anda haruslah mengingati tarikh last period anda yang bermula pada berapa hb dan berakhir pada berapa hb, no ic husband, alamat rumah (masalah bg yang baru berpindah).

Disana nanti, akan ditimbang berat badan, tekanan darah, ade yg terus cek perut dan mengambil darah. Ziza dulu cuma daftar aje kt klinik kecil. Appointment ke 2 plak baru cek perut, test air kencing utk tgk kotor atau tidak,dan tahap HB dalam darah.