Rasulullah SAW adalah suri tauladan umat dalam
berbagai aspek kehidupan. Dalam hal kesihatan, ajaran-ajaran baginda sudah
banyak dibuktikan oleh penelitian-penelitian moden akan kebenaran manfaatnya
yang besar. Salah satu ajaran baginda adalah adab-adab makan yang membawa
kesihatan dan keberkatan sepanjang zaman.
Diantara adab-adab makan yang Rasulullah SAW
ajarkan adalah :
Abu Hurairah ra.
berkata : “Rasulullah SAW tidak pernah sedikit pun mencela makanan. Bila beliau
berselera, beliau memakannya. Dan jika beliau tidak menyukainya, maka beliau
meninggalkannya.” (HR. Bukhari Muslim)
Dari Jabir ra. bahawa
Rasulullah SAW pernah berkata kepada keluarganya (isterinya) tentang lauk
pauk. Mereka menjawab : “Kami hanya punya cuka”. Lalu beliau memintanya dan makan dengannya, seraya bersabda : “Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka (al-khall), sebaik-baik lauk pauk adalah (yang mengandungi) cuka.” (HR. Muslim)
pauk. Mereka menjawab : “Kami hanya punya cuka”. Lalu beliau memintanya dan makan dengannya, seraya bersabda : “Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka (al-khall), sebaik-baik lauk pauk adalah (yang mengandungi) cuka.” (HR. Muslim)
Penelitian Dr. Masaru Emoto dari Jepun dalam bukunya ’The True Power of Water’ menemukan bahawa unsur air ternyata hidup. Air mampu merespon stimulus dari manusia berupa lisan mahupun tulisan. Ketika diucapkan kalimat yang baik atau ditempelkan tulisan dengan kalimat positif, maka air tersebut akan membentuk struktur kristal yang indah dan boleh memiliki daya sembuh untuk berbagai penyakit. Sebaliknya, jika diucapkan mahupun ditempelkan kalimat umpatan, celaan atau kalimat negatif lainnya, maka air tersebut akan membentuk struktur kristal yang buruk dan boleh berpengaruh negatif terhadap kesihatan.
2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
Rasulullah SAW bersabda
: “Barang siapa yang tertidur sedang di kedua tangannya terdapat bekas
gajih/lemak (kerana tidak dicuci) dan ketika bangun pagi ia menderita suatu
penyakit, maka hendaklah dia tidak menyalahkan kecuali dirinya sendiri.”
3. Membaca Bismillah dan Hamdalah.
Rasulullah SAW
bersabda : “Jika seseorang di antara kamu hendak makan, maka sebutlah nama
Allah SWT. Dan jika ia lupa menyebut nama-Nya pada awalnya, maka bacalah,
’Bismillahi awwalahu wa akhirahu’ (Dengan menyebut nama Allah SWT pada awalnya
dan pada akhirnya).” (HR. Abu Dawud)
Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW tersenyum, beliau menjelaskan ketika seorang Muslim tidak membaca Basmalah sebelum makan, maka syaitan akan ikut makan dengannya. Namun, ketika Muslim tersebut teringat dan menyebut nama Allah SWT, maka syaitan pun terus memuntahkan makanan yang sudah dimakannya.
4. Makan menggunakan tangan kanan.
Abdullah bin Umar ra.
berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang di antaramu makan,
maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya dan jika ia minum maka hendaklah
minum dengan tangan kanannya. Sebab syaitan itu makan dan minum dengan tangan
kirinya.” (HR. Muslim)
Kedua tangan manusia mengeluarkan tiga jenis
enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan lebih banyak daripada tangan kiri.
Enzim tersebut sangat membantu dalam proses pencernaan makanan.
5. Tidak bersandar ketika makan.
Rasulullah SAW
bersabda : “Aku tidak makan dengan keadaan bersandar (muttaki-an).” (HR.
Bukhari)
“Muttaki-an” ada yang mentafsirkan duduk bersilang kaki dan ada pula yang mentafsirkan bersandar kepada sesuatu, baik itu bersandar di atas salah satu tangan atau bersandar pada bantal. Ada pula
yang mentafsirkan bersandar pada sisi badan.
Rasulullah SAW jika makan, tidak makan dengan menggunakan alas duduk seperti bantal duduk sebagaimana orang-orang yang ingin makan banyak dengan menu makanan yang berbagai. Rasulullah SAW menjadikan makannya sebagai ibadah kepada Allah SWT. Kerananya beliau duduk tanpa alas dan mengambil makanan secukupnya.
6. Memakan makanan yang terdekat dahulu.
Umar bin Abi Salamah
ra. bercerita : “Saat aku belia, aku pernah berada di bilik Rasulullah SAW dan
kedua tanganku seringkali mengacak-acak piring-piring. Rasulullah SAW bersabda
kepadaku, ’Nak, bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah
dari makanan baik yang terdekat.” (HR. Bukhari)
7. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Dari Mikdam bin
Ma’dikarib ra. menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tiada
memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah
untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya.
Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya,
sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas.” (HR.
Tirmidzi dan Hakim)
8. Menjilat tangan ketika makan tanpa sudu atau garpu.
Dari Abu Hurairah ra.
bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang di antaramu makan, maka
hendaklah ia menjilat jari-jemarinya, sebab ia tidak mengetahui dari jemari
mana munculnya keberkahan.” (HR. Muslim)
Dalam hadis riwayat Imam Muslim pula, Ka’ab bin
Malik ra. memberikan kesaksian bahawa ia pernah melihat Rasulullah SAW makan
dengan menggunakan tiga jarinya dan beliau menjilatnya selepas makan.
Penemuan kesihatan moden menunjukkan bahawa
ketika kita makan dengan jari dan menjilat jari untuk membersihkannya, maka
jari tersebut mengeluarkan enzim yang sangat membantu bagi kelancaran
pencernaan.
9. Membuang kotoran dari makanan yang terjatuh
lalu memakannya.
Dari Anas bin Malik
ra. berkata bahawa Rasulullah SAW sering makan dengan menjilat ketiga jarinya
(Ibu jari, telunjuk dan jari tengah), seraya bersabda : “Apabila ada makananmu
yang terjatuh, maka buanglah kotorannya dan hendaklah ia memakannya serta tidak
membiarkannya untuk syaitan.” Dan beliau juga memerintahkan kami untuk menjilat
piring seraya bersabda : “Sesungguhnya kamu tidak mengetahui pada makanan yang
mana adanya berkah itu.” (HR. Muslim)
Islam melarang hal-hal yang membazir, termasuk dalam hal makanan. Seringkali kita menyaksikan orang yang mengambil makanan berlebihan sehingga tidak habis dimakan. Makanan yang membazir itu akhirnya dibiarkan untuk syaitan, padahal boleh jadi sebenarnya pada makanan tersebut terdapat keberkahan. Oleh kerana itu, ketika mengambil makanan harus berdasarkan perhitungan bahawa makanan tersebut akan habis dimakan.
10. Makan dan minum sambil duduk.
Rasulullah SAW suatu
ketika melarang seorang lelaki minum sambil berdiri. Berkata Qatadah :
“Bagaimana dengan makan?” Rasul menjawab : “Itu lebih buruk lagi.” (HR. Muslim)
11. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas.
Dari Abu Al-Mutsni
Al-Jahni ra berkata, aku pernah berada di rumah Marwan bin Hakam, tiba-tiba
datang kepadanya Abu Sa’id ra. Marwan berkata kepadanya : “Apakah engkau pernah
mendengar Rasulullah SAW melarang bernafas di tempat minum?”. Abu Sa’id
menjawab : “Ya. Ada seseorang pernah berkata kepada Rasulullah SAW, ”Aku tidak
kenyang dengan air hanya satu kali nafas.” Lalu Rasulullah SAW bersabda,
“Jauhkanlah tempat air (gelas) dari mulutmu, lalu bernafaslah!” Orang itu
berkata lagi, “Sesungguhnya aku melihat ada kotoran pada tempat minum itu”.
Lalu Rasulullah SAW bersabda, ”Kalau begitu, tumpahkanlah! (HR. Abu Dawud)
Dan juga dari Ibnu
Abbas ra. berkata : “Rasulullah SAW telah melarang untuk menghirup udara di dalam
gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya.” (HR. Tirmidzi)
Rasulullah SAW melarang bernafas ketika minum. Apabila minum sambil bernafas, tubuh kita mengeluarkan CO2 (Karbon dioksida), apabila bercampur dengan H2O (Air) dapat menjadi H2CO3 (Cuka) sehingga menyebabkan minuman menjadi acidic (Asam). Hal ini dapat terjadi juga ketika meniup air panas. Makanan dan minuman panas sebaiknya tidak di dinginkan dengan ditiup, tapi cukup dikipas.
12. Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit.
Dari Jabir ra. bahawa
Rasulullah SAW pernah memegang tangan orang yang majdzum (kusta), beliau
meletakkan tangannya pada piring makan seraya bersabda : “Makanlah, yakinlah
kepada Allah SWT dan bertawakkallah.” (HR. Abu Dawud)
13. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram.
Dari Jabir ra. bahawa
Rasulullah SAW pernah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan
hari akhirat, maka hendaknya ia tidak duduk pada meja makan yang padanya
diedarkan minuman khamr.” (HR. Imam Tirmidzi)
14. Mendo’akan yang mengundang makan.
Dari Anas bin Malik
ra. bahawa Rasulullah SAW pernah datang ke Sa’ad bin Ubadah ra. yang
menghidangkan roti dan mentega. Rasulullah SAW memakannya, lalu beliau bersabda
: “Telah berbuka di sisimu orang-orang yang berpuasa. Hidanganmu telah dimakan
oleh orang-orang soleh (baik) dan malaikat pun mendo’akan kebaikan untukmu.”
(HR. Ahmad dan Abu Dawud)
15. Menutup tempat makan dan minum.
Dari Jabir ra. bahawa
Rasulullah SAW pernah bersabda : “Tutuplah tempat makanan dan tempat minuman!”
(HR. Bukhari Muslim)
Menutup tempat makan dan minum sangat bermanfaat untuk menghindarkan makanan dari pencemaran udara, kotoran atau zat-zat berbahaya yang dapat masuk ke dalam makanan atau minuman yang tidak titutupi.
Wallahua'lam
#sumber : copy n paste dari blog org..tq