aku cinta pelangi kerana lahirnya di dada langit yang luas ..penuh kebebasan...
aku cinta pelangi kerana jejaknya di lautan yang menbiru..penuh keindahan..
aku cinta pelangi kerana sering meniti bayangan gunung-ganang yang gagah, alur sungai yang sejuk membeku, alur banir yang mengcengkam kaku.
aku cinta pelangi kerana melihatnya aku berasa sungguh harmoni...
silang warna penuh misteri, seperti tersenyum dan melambai2 sambil ketawa..
kata ibu dalam cerita dongeng dulu2,
di pangkal pelangi punya penunggu yang memelihara keindahan pelangi ini...
aku bertanya di dalam hati...adakah penunggu itu punya sekeping hati yang emosi?
kerana pelangi itu sangat ceria..
tidak pernahkah sesekali pelangi muncul hanya satu warna, kaku dan tak bererti seperti perjalanan hidup seorang insan yang malang??
bagaimana jika pelangi punya senyuman???
bolehkah aku memilikinya???
paling kurang dapatku lihat senyum itu...
dalam belantara hati seorang lelaki yang aku cintai...
aku mengharapkan cinta dari lelaki yang berhati pelangi...
agar hidup ku penuh cinta,kasih sayang yang abadi,,,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan