atas

Selasa, 6 Oktober 2015

apa yang perlu anda lakukan jika anda hamil


Ziza nk share sikit kepada ibu baru yang baru aje tahu anda hamil. Yer mula-mula mesti ade yang nebes xtentu pasal, mengikut pengalaman ziza sendiri, for the first time disahkan hamil memang cuak giler. Memang dah berlarutan muntah-muntah dan pening kepala sebelum tu. Namun tidak terpikir langsung akan hamil sebab kebanyakkan girl-girl zaman skrg amik masa juga untuk hamil selepas berkahwin.. Syukur alhamdulillah atas kurnian rezki.

Untuk mengesahkan kesahihan pregnen test tersebut, Ziza ke klinik swasta bagi melihat sendiri keadaan rahim samada terbuka atau tidak, selepas itu, baru lah mendaftar sebagai ibu hamil di klinik. 

Bagi ibu baru macam ziza, usia kandungan dalam 10- 12 minggu ok kot kalau daftar di klinik. Di klinik nanti jgn lupa plak bawak bukti perkahwinan anda dan kad pengenalan. Dalam proses pendaftaran tersebut anda haruslah mengingati tarikh last period anda yang bermula pada berapa hb dan berakhir pada berapa hb, no ic husband, alamat rumah (masalah bg yang baru berpindah).

Disana nanti, akan ditimbang berat badan, tekanan darah, ade yg terus cek perut dan mengambil darah. Ziza dulu cuma daftar aje kt klinik kecil. Appointment ke 2 plak baru cek perut, test air kencing utk tgk kotor atau tidak,dan tahap HB dalam darah.

Sabtu, 3 Oktober 2015

numismatik



Numismatik


Yer, Numismatik atau numis yang kerap disebut oleh geng-geng penyimpan koleksi duit syiling/wang kertas lama, ziza rasa banyak juga informasi baru yang dapat ziza "grab" dalam masa seminggu sahaja.

Adanya teknologi terkini, makin rancak hobi seperti ini dijalankan. Urusniaga dilakukan bukan sahaja bergantung pada harga pasaran, malah antara suka sama suka antara penjual dan pembeli. AWAS!! banyak artikel palsu berkenaan harga syiling dipasaran, ia diiklankan oleh mereka yang mahu item mereka mendapat harga yang tinggi dipasaran dan ia memang sangat tidak releven. namun bagi pengumpul wang yang otai mereka hanya ketawa saja dengan sesetengah penjual yang ingin menjual dengan harga yang tidak munasabah.
Terdapat juga insan yang jahil mengenainya masih membeli dengan harga tidak munasabah. biasanya ia dikalangan mereka yang taksub dan jahil mengenai nilai dan ke "rare'lan sesetengah syiling Ada juga yang terlalu terpedaya dengan hal- hal kurafat, sedangkan mereka sendiri tidak tahu samada wang /syiling yang titawarka itu asli atau 'fake'.

dalam banyak- banyak hasil numis ziza, entah kenapa ziza lebih gemar kepada pengumpulan syiling yassin yang masih kurang diminati oleh penggemar hobi ini. mungkin kerana ia lebih bersifat mistik dan penuh tanda tanya.

Namun, ziza yakin ramai antara kita yang menpunyai wang syiling Yassin yang tidak tahu datang dari mana yang telah diwariskan dari keluarga masing-masing. Kata orang wang syiling ini amat mudah ditemui dijual ditepi-tepi jalan, malah ada juga yang mengatakan ia dianugerahkan oleh alam ghaib.AllahuaAlam.

Disebabkan masih menjadi tanda tanya, ia amat menarik minat ziza untuk menkaji tentang kewujudannya.

Kepada otai-otai yang mempunyai sumber-sumber shaih mengenainya boleh lah berkongsi dengan ziza yer. Emailkan ke mutiarasubuh1@gmail.com

Jenis-jenis duit yasin:
- Yasin 1
- Yasin 3
- Yasin 5
- Yasin 7
- Yasin 9
- Yasin Wali 7
- Yasin nabi nuh
- Yasin tongkat
- Yasin Merak
- Yasin Shadah
- Bahtera Nabi Nuh