atas

Ahad, 28 Februari 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
 

Surah Taha bawa Umar kepada Islam



Pertubuhan Perdagangan Dunia Islam menetapkan ciri mata wang dinar, iaitu berat 4.25 gram, aloi 22 karat emas (0.916) dan diameter, 23 milimeter iaitu mengikut standard yang ditetapkan oleh Saidina Umar Al Khattab ketika menjadi khalifah, antara sumbangan besar Umar kepada dunia Islam.

KISAH Saidina Umar yang berdepan dengan adiknya, Fatimah yang telah memeluk Islam yang dikira sebagai satu penghinaan kepadanya amat diketahui umum.
Namun sebelum itu, dikisahkan bahawa Umar telah ditegur oleh lelaki dari Bani Zuhrah atau Makhzum, bernama Nu'aym bin Abdullah yang memecahkan rahsia mengenai adiknya yang telah memeluk Islam itu.
Dalam sesetengah riwayat yang lain, dikatakan Nu'aym sebenarnya terdiri dari kalangan kafir Quraisy, bukan yang telah memeluk Islam seperti yang disebutkan sebelum ini.
Maka Nu'aym bertujuan menyindir Umar mengenai Fatimah yang memeluk Islam ketika Umar tergesa-gesa dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad. Apapun niat sebenar Nu'aym itu, menyebabkan Umar mengamuk setiba di rumah adiknya itu.
Umum mengetahui bahawa Fatimah dan suaminya Saad adalah kalangan yang terawal memeluk Islam malah dikatakan kekuatan iman suaminya itu antara 10 orang yang dijamin memasuki syurga.
Ketika Umar sampai ke rumah adiknya itu, beliau terdengar suara yang sedang membaca al-Quran. Iaitu Fatimah dan suaminya sedang belajar membaca al-Quran dengan dibantu oleh seorang sahabat mereka, Khabbab bin Arat.
Khabbab dikatakan dihantar sendiri oleh Nabi Muhammad untuk membantu atau mengajar Fatimah dan Saad membaca al-Quran.
Apabila terdengar mereka membaca al-Quran, kemarahan Umar tidak boleh ditahan-tahan lagi lalu dia mengamuk di hadapan pintu rumah Fatimah.
Semua yang ada dalam rumah itu begitu terkejut dan wajah masing-masing pucat lesi. Namun Fatimah dengan segera menyembunyikan Khabbab dan membuka pintu untuk menghadapi apa juga kemungkinan yang akan berlaku apatah lagi abangnya itu terkenal dengan sikap kejam, tegas dan garang tanpa mengira sesiapa.
Tanpa banyak soal Umar terus bertanya kepada Fatimah: "Apa yang aku dengar tadi?"
"Tidak ada apa-apa!" Kata Fatimah dengan wajah yang agak selamba.
"Aku telah mendengar tadi, jangan bohong! Adakah bacaan yang aku dengar tadi adalah dari Muhammad?" Bentak Umar.
Adik dan ipar Umar menjadi serba salah untuk menjawab.
Lalu Umar bertanya terus kepada iparnya: "Adakah kalian sudah murtad?"
Tanpa sebarang ragu-ragu Saad pun menjawab dengan tenang: "Kami tidak murtad wahai Umar tetapi kami semua telah masuk Islam."
Belum sempat Saad menyudahkan kata-katanya itu, satu tamparan yang kuat telah singgah ke mukanya sehingga berdarah hidung suami Fatimah itu.
Malah dalam sesetengah riwayat yang lain, Umar bukan sahaja menampar adik iparnya itu malah diterkamnya Saad lalu dihenyak-henyak dengan kakinya sehingga berdarah-darah.
Melihat suaminya teruk dicederakan Umar, Fatimah pun cuba menghalang abangnya itu daripada terus mencederakan Saad. Ini menyebabkan Umar bertambah marah malah adik kesayangannya itu turut menjadi mangsa.
Fatimah juga menurut riwayat Ibnu Ishaq telah teruk dipukul oleh abangnya sehingga cedera dan berdarah. Kejadian teruk dipukul oleh Umar ini menyebabkan Fatimah menangis, bukan kerana menanggung kesakitan tetapi sedih mengenai sikap abangnya itu yang begitu kuat memusuhi Islam.
Sehinggakan adik dan ipar sendiri sanggup dipukul malah dibunuh jika tidak menjadi halangan.
Tangisan Fatimah itu akhirnya menyebabkan hati Umar bertukar menjadi sayu, lembut dan simpati terhadap adiknya itu.
Lalu Umar berkata: "Baiklah, tunjukkan kepada aku helaian yang kamu baca tadi!"
Tetapi Fatimah berkeras tidak mahu menyerahkan helaian-helaian yang mengandungi ayat-ayat suci al-Quran kerana akan diapa-apakan oleh Umar.
Ini menyebabkan Umar terpaksa bersumpah: "Demi Latta dan Uzza, aku tidak akan buat sesuatu yang tidak baik terhadap apa yang kamu baca sebentar tadi!"
Apabila Fatimah melihat Umar semakin lembut, dia pun akhirnya terpaksa berterus terang kepada abangnya itu: "Wahai saudaraku, helaian ini merupakan kata-kata Allah. Oleh kerana engkau bukan kalangan dari orang Islam malah seorang yang masih syirik sedangkan syirik itu merupakan najis.
"Kalau benar engkau hendak membacanya maka hendaklah kamu mandi terlebih dahulu kemudian barulah engkau boleh membacanya."
Oleh kerana Umar begitu tertarik untuk membaca apa yang telah dibacakan oleh adiknya itu, lalu Umar menuruti sahaja permintaan adiknya itu. Beliau segera mandi membersihkan diri dan bersiap sedia untuk membaca surah-surah al-Quran itu.
Umar yang tidak lagi menunjukkan sikap untuk terus berseteru kemudian diberikan satu helaian yang mengandungi sebahagian dari surah al-Taha. Iaitu ayat 14 yang bermaksud: Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatiku.
Sejurus membaca ayat itu, Umar pun berkata: "Tidak sepatutnya yang empunya kata-kata ini disekutui. Alangkah indah dan mulianya kata-kata ini."
Umar yang telah bertukar nada 360 darjah itu kemudiannya meminta untuk berjumpa sendiri dengan Rasulullah. Khabbab yang sedari tadi menyorok di rumah Fatimah itu pun keluar dan menawarkan diri untuk membawa Umar bertemu Nabi Muhammad.
"Terimalah berita gembira wahai Umar, sesungguhnya aku sentiasa mengharapkan doa Rasulullah agar engkau memilih jalan Islam akan menjadi satu kenyataan juga akhirnya," kata Khabbab.
Lalu mereka menuju ke Darul Arqam, rumah milik seorang lagi sahabat, iaitu Al Arqam bin Abi Arqam yang menawarkan kediamannya sebagai pusat pengajian mengenai Islam yang diketuai dan dipimpin oleh Rasulullah.
Masih berpakaian baju perang lengkap pedang tersisip di pinggang, Umar dan Khabbab pun tiba di Darul Arqam yang dikatakan terletak agak tersorok di lereng Bukit Safa yang ketika itu telah tersebar berita mengenai baginda bakal diserang atau dibunuh oleh Umar.
Bersiap sedia
Maka seluruh para pengikut dan sahabat yang berada dalam Darul Arqam itu telah bersiap sedia untuk mempertahankan baginda lebih-lebih lagi bapa saudara baginda, Hamzah bin Abdul Mutalib. Tanpa mereka mengetahui apa yang telah terjadi di rumah adik Umar, Fatimah sebentar tadi.
Sebaik sahaja tiba, Umar pun mengetuk pintu dan menyatakan hajat untuk menemui Rasulullah.
Serentak itu juga, Hamzah bangun dan cuba untuk menghunuskan senjata.
"Biar aku yang bunuh Umar ini dengan pedangku ini," tegas Hamzah.
Hamzah merupakan satu-satunya lawan atau seteru yang dikatakan boleh mengalahkan Umar walaupun di seluruh kota Mekah, Umar dikatakan seorang yang sangat gagah dan perkasa.
Seperti yang kita selalu baca sebelum ini ketokohan dan kegagahan Hamzah tiada tolok banding malah sanggup menggadaikan nyawa sehingga terkorban demi mempertahankan Islam. Tidak sekadar Nabi Muhammad itu merupakan anak saudaranya.
Namun baginda meminta supaya Hamzah tidak bertindak melulu sehinggalah baginda sendiri membuka pintu dan mempersilakan Umar masuk.
Hamzah terpaksa patuh dan masing-masing seperti menahan nafas apabila Nabi Muhammad memberanikan diri membuka pintu tanpa sebarang pengawal kerana mereka tahu Umar seorang yang sanggup melakukan apa sahaja, menurut nafsu dan amarahnya itu.
Sebaik sahaja Umar melangkah masuk dengan perawakannya yang gagah itu, beliau terus mendekati Nabi Muhammad. Lalu baginda terus memegang hujung baju Umar dan disentapnya dengan kuat sehingga Umar jatuh terduduk di hadapan Rasulullah.
Sambil duduk berhadapan dan bertentang mata dengan Umar, baginda pun bertanya: "Bila lagi kamu hendak menerima Islam wahai Ibnu Al Khattab? Adakah kamu hendak menunggu sehingga ditimpa bala dan ancaman dari Allah? Sebagaimana yang menimpa Al Walid bin al Mughirah? Ya Allah, inilah Umar bin Al Khattab, Ya Allah muliakan Islam dengan Umar bin al Khattab ini!"
Tanpa sebarang banyak pertanyaan apatah lagi cuba melawan lalu Umar pun melafazkan kata-kata yang sangat mengejutkan semua pihak.
"Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan engkau Muhammad adalah Rasulullah!"
Betapa bersyukur seluruh alam apabila Umar yang keras bak batu itu akhirnya tunduk kepada keesaan Allah.
Pengislaman Umar itu tentunya menimbulkan pelbagai reaksi selain begitu mengejutkan orang ramai.
Ikuti keluaran akan datang, bagaimana pengislaman Umar itu memberikan impak yang sangat besar terhadap perkembangan Islam itu sendiri.
Sebelum itu, ingin mengenali Umar dengan lebih dekat lagi?
Seperti yang dipetik dari buku Sejarah Khalifah Rasulullah karya Prof. Dr. Amin Qudah (Terbitan PTS 2009) Umar seperti yang diceritakan sendiri oleh anaknya Abdullah.
"Beliau seorang lelaki yang berkulit putih kemerah-merahan, tinggi dan botak kepalanya. Seorang yang sangat berbadan besar, apabila dilihat pada ketinggiannya itu seakan-akan nampak seperti orang yang sedang menaiki kenderaan. Bapa seorang yang kidal dan mempunyai suara yang kuat dengan kewibawaan yang sungguh jelas dan ketara".


di petik dari Utusan Malaysia.

INILAH KEKASIHKU SESUNGGUHNYA……

Keagungan Muhammad SAW
Apakah Kita Telah Mengenal Nabi Kita ?


Apakah Kita benar-benar kenal Nabi Kita? Yaitu kenal secara lahir dan batinnya, jasmani, maknawi dan rohaninya Atau Kita hanya kenal secara lahir sahaja, tidak lebih daripada itu?! Atau Kita kenal secara ngasal saja?

Sebenarnya kalau Kita kenal secara lahir dan batin, jasmani, rohaniahnya pribadi Nabi Kita Pasti Kita jatuh hati kepadanya, Kita akan cinta, Kita akan menyebut selalu namanya
Melalui selawat dan ingatan terhadapnya, Kita akan terasa terhutang budi kepadanya
Karena kedatangannya dan jasanya kepada dunia

Muhammad SAW Nabi Kita...
Nabi Kita, Dia seorang manusia istimewa,
Luar biasa yang tiada taranya
Dia adalah manusia yang paling mulia di sisi Allah Taala

Mari kita bercerita tentangnya secara ringkas agar Kita kenal
Nabi Kita sendiri...
Siapa dia yang sebenarnya?
Dia adalah Muhammad anak Abdullah, ibunya Aminah
Bangsa Quraisy dari Bani Hasyim
Nasabnya hingga ke Nabi Ibrahim

Dia adalah anak yatim piatu..
Seorang anak yang tidak pernah dapat bermanja dengan ibu bapanya seperti orang lain
Dia lahir dari keluarga yang miskin dan dipelihara pula oleh keluarga yang miskin

Dia adalah makhluk yang pertama dan utama yang paling dicintai oleh Tuhan
Yaitu yang diberi nama Nur Muhammad
Dari Nur Muhammadlah seluruh yang ada dicipta dan diwujudkan
Syurga, Neraka, dunia, Akhirat, para malaikat, Arasy, Kursi, Sirat,
manusia, jin, hewan, jamadat dan lain-lainnya

Artinya kalau bukan karena Nabi Muhammad SAW,
Yang lain tidak akan diwujudkan
Karenanya itu Nabi kita membawa rahmat zahir dan batin
Kepada seluruh makhluk Tuhan

Dia adalah makhluk yang awal dari ruh diwujudkan,
sebagai Jasad akhir keturunan para Nabi
Dia adalah satu-satunya Nabi yang diisra’kan dan dimi’rajkan
Mukanya laksana bulan purnama karena cahayanya yang terang
Dia hamba Allah yang paling bertaqwa dan paling takut dengan Tuhan
Karena itulah dia dipanggil Habibullah oleh Allah
Ketua seluruh para Rasul dan para Nabi
Penghulu seluruh orang yang bertaqwa
Imam seluruh manusia
Syariatnya untuk seluruh jin dan manusia dan penutup seluruh syariat
Orang yang memberi syafa’atul kubra di Akhirat dan orang yang pertama
masuk Syurga

Al Quran kitab yang diturunkan kepadanya paling lengkap
Merupakan mukjizatnya yang kekal dan paling agung
Tiada siappuna yang dapat menirunya

Dia memiliki ilmu dunia dan Akhirat
Sekalipun dia tidak menulis dan membaca
Nabi kita mempunyai akhlak yang paling mulia dan tiada taranya
Bahkan lebih mulia dari para malaikat
Terutama kasih sayangnya kepada manusia begitu terasa
Tawadhu’nya ( rendah diri ) adalah pakaian pribadinya
Karena itulah dia sanggup duduk, makan, minum, tidur, baring dengan
fakir miskin, Menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah
Tiada seorang pun yang melihat mukanya melainkan jatuh cinta kepadanya
Bahkan seperti orang mabuk tidak dapat melupakannya
Sangat kasih dan simpati dengan fakir miskin, anak-anak yatim dan
janda-janda
Pemurahnya laksana angin kencang yang sangat laju

Orang yang mampu bergaul dengannya berbagai macam strata
Adakalanya laksana ibu dan ayah
Adakalanya seperti kawan yang membela dan setia
Adakalanya terasakan bagai guru
Adakalanya sebagai pemimpin
Adakalanya bagaikan Panglima
Setiap orang yang satu majelis dengannya merasakan dapat layanan yang
memuaskan darinya
Akhlaknya yang tinggi membuat Tuhan memuji
Keberaniannya luar biasa
Dia berjalan seorang diri di hadapan musuh-musuhnya
Tidak sedikit pun takut dengan raja-raja

Setiap orang yang meminta tidak pernah dikecewakan, sekalipun
terpaksa berhutang dengan manusia
Ibadahnya banyak
Sembahyangnya hingga bengkak-bengkak kakinya karena terlalu
lama berdiri di hadapan Tuhannya
Tidak pernah mendoakan musuh-musuhnya dengan kejahatan
Sangat suka meminta maaf dan memberi maaf kepada siapa saja
Dia membalas kejahatan orang dengan kebaikan
Satu perbuatan yang luar biasa
Tidak pernah menghina, mencaci dan merendah-rendahkan orang lain
Sangat pemalu dan merendah diri
Sangat menerima alasan ijin seseorang
Sangat tahan menerima ujian dalam berbagai bentuk dan keadaan
Karena itulah dia dapat menjadi ketua Ulul Azmi para Rasul alaihimussolatuwass alam

Dia suka kepada seseorang karena Allah dan murka juga karena Allah
Hatinya selalu terjaga, matanya saja yang tidur tapi hatinya tidak tidur
Karena itulah dia tidur tidak membatalkan wudhunya
Di dalam hidupnya 74 kali terjadi peperangan, 27 kali dia ikut serta
tetapi tidak pernah membunuh musuh-musuhnya walaupun seorang

Karena menegakkan kebenaran, pernah dilempar dengan
najis, dilempar dengan batu hingga berdarah, diboikot selama
tiga tahun, dikepung, hendak dibunuh, berhijrah meninggalkan tanah
air dan mendapat berbagai kesusahan dan penderitaan

Kemuliannya di sisi Allah Ta’ala begitu ketara dan terasa
Hingg namanya disandingkan dengan nama Tuhannya
di dalam dua kalimah syahadah sebagai bukti syahnya Islam dengan mengucap namanya bersama dengan nama Tuhannya

Doa yang hendak dikabulkan, awal dan akhir ditutup dengan sholawat kepadanya
Doanya sangat terkabul, bahkan siapa yang berdoa bertawasul dengannya
lebih diterima doanya
Siapa yang banyak berselawat dengannya diberi syafaat di Akhirat
Siapa yang selalu menyebut namanya diturunkan rahmat dan berkat

Mukjizat-mukjizatny a yang banyak menunjukkan kebenarannya
Tertulis khatamun nubuwwah di belikatnya
Peluhnya bak mutiara, wanginya lebih wangi daripada kasturi
Orang tidak dapat menentang matanya karena kehebatan yang terpancar
di wajahnya, musuh-musuhnya pasti menundukkan pandangannya bila
menatapnya

Banyak perkara-perkara ghaib yang dibuka Allah Taala kepadanya
Sehingga sebagian perkara-perkara yang belum terjadi Seperti peristiwa akhir zaman dapat diceritakannya

Terlalu kuat tawakalnya kepada Allah Ta’ala
Hingga makanan yang berlebih tidak disimpan untuk malamnya
Bahkan diberikan kepada yang berhak

Apabila dia buang air, tidak ada kesan membuangnya
Lalat tidak pernah hinggap pada badannya
Kalau dia berpaling, dia berpaling dengan seluruh badannya
Tidak pernah makan seorang diri melainkan berkawan
Tidak pernah mencerca makanan
Kalau dia tidak suka, dia tidak makan-makanan itu

Sangat menghormati dan memuliakan tetamunya
Terlalu menjaga hak-hak sekalipun kepada orang kafir
Terlalu mengutamakan orang lain daripada dirinya sendiri
Tidak pernah melaknat sekalipun binatang
Apa yang dikatakannya ibarat mutiara
hingga sangat mempengaruhi orang yang mendengarnya

Dapat menyatupadukan manusia yang berbagai-bagai etnik, kaum,
bangsa dan yang berlainan warna kulit, bahasa dan budaya
Bahkan dapat menanamkan kasih sayang satu sama lain di kalangan
manusia
Melahirkan manusia yang begitu taat dan patuh kepada syariat Tuhannya

Sangat unggul dalam melahirkan manusia yang tinggi akhlak dan moralnya
Mampu menjadikan dunia bersih daripada noda dan dosa
Sukses menjadikan setiap orang rasa berpuas hati di bawah naungan
pimpinannya sekalipun yang bukan Islam
Mereka merasakan dia adalah pelindung dan penyelamat kepada seluruh
makhluk sekalipun binatang

Itulah dia Muhammad Rasulullah SAW
Itulah dia nabi kita, manusia luar biasa,
Yang istimewa kejadian dan akhlaknya paling sempurna, tiada
tandingannya
Baru sedikit saja kita ceritakan tentangnya, sudah mengagumkan kita

Apakah pribadi yang seperti ini kita tidak jatuh hati kepadanya?
Apakah manusia ini kita bisa melupakan begitu saja?
Apakah kita tidak terasa terhutang budi kepadanya?
Bahkan patut bersyukur kepadanya sepanjang masa
Dapatkah kita samakan dia dengan pemimpin-pemimpin yang lain di
dunia?
Jauh panggang dari api, bagai langit dengan bumi

Salam ’alaika Ya Rosulullah

Sabtu, 27 Februari 2010

lima lelaki yang paling hensem dalam hidup aku...

lima lelaki hensem dalam hidup aku adalah saudara kandung yang mempunyai sikap2 yang berlainan...pelik dan penuh tanda tanya...
dah duduk serumah selama 25 tahun pun aku masih tak dapat pasti ciri2 mereka...very da unpredictable...
tapi ramai yang kata mereka antara lelaki2 yang hensem..tapi aku tengok biasa je...nakal dan ntah ape2.
but im very love them..
kuat semangat dan rela berkorban..da yang sorang tu ganas sampai tidak boleh dikawal... tetapi semua nya penyayang dan saling menghormati...
alhamdulillah kerana aku punya teman di dunia ini..tidak lah aku hidup sendirian..
laptop aku ialng time2 aku xde duit nak beli baru...
sorang tu yang send duet rm 1800 on da sport.tanpa bayar balik lak tu...tidak tahu bila dia simpan duit..sedangkan di tingkatan 5..
yup mereka sangat kuat bekerja..
balik sekolah je adeje keje sampingan yang dilakukan...kekadang belanja aku makan macam2...
jangan cemburu...adamasa aku malas nk jalan dari ruang tamu ke dapur...ade je yang dukung tau...
dan yang aku terharu setiap wallet mereka ade gmbar aku...
kalu mereka berkerja ditempat yang jauh..print gambar paling besar adalah gambar aku...
ok tak?...hehehe...love him very much...muah3x,
buat abg amir,edy,fatah,shah dan hakim kakak sayang kamu semua..........biar ape pun orang kata ttg keluarga kita dan kita, kita tetap bersatu dan kuat....tidak pernah menangis...bersama ibu yang comel dan prihatin...hehehe (makcik katod yang kedekut)hehehe..... u all sumber inspirasi...dan matlamat hidupku... happuy sangat hidup ngan korang yang lucu dan garang...hehe..
yer aku ingat sangat waktu darjah 2 aku selalu malas jalan kaki...bawak beg besar tu...abang amer mesti dukung dari sekolah ke rumah yang melalui sungai..walaupun asyik marah je sepanjang perjalanan...tapi dia xpernah turunkan aku dari belakangnya bersama2 beg aku yang pada ketika itu lebih besar dari saiz aku..hehe..aku budak manje...that's rite!

cinta...

kadang-kadang hadir setiap hari...
mengganggu jiwa...bikin tidak tentu arah...
apa impak cinta dalam hidup anda?
tidak perlu mendustai kata hati...
selagi anda belum berkahwin anda bebas memilih siapa yang bakal melalui hidup anda sepanjang hayat..
tidak perlu rasa terbeban dalam erti kesetiaan...
setia tiada berguna andai hati terhimpit...letak diri anda dalam ruang yang boleh bernafas
jangan pilih jalan derita....

semua insan pun ingin bahagia dan tidak mahu kesepian...
itu prinsip yang paling mudah...
tidak perlu ada perasaan cemburu..
memang mengarut lah kalau cemburu tu tanda sayang..
cemburu tu berasal dari ketidakpercayaan kita terhadap pasangan...
jarang orang boleh terima statement ni...
selagi kita boleh menjaga maruah diri dan peribadi jangan takut untukbergaul dengan sesiapa sahaja..

cinta adalah emosi... anda perlu tahu dan takut untuk pertahankan ikatan haram...
i mean ...teman lelaki masih haram buat kita...untuk apa untuk kita pertahankan...kalau ada yang berkenan sangat just lepaskan je..
bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi..pernah kah anda tahu bahawa perasaan cinta teman lelaki anda makin susut untuk anda..mungkin anda kurang ambil perhatiannya atau terlebih ambil perhatian..dia jd meluat!!
seperti yang saya katakan...untuk apa kita pertahankan ikatan haram ini....
sekiranya cinta ia amat jelas untuk kita dah tentu cincin ikatan dah sampai atau anda sarung ketika ini...

tidak perlu show off sangat perangai pelik2 anda untuk tarik perhatiannya,,,
sesungguhnya Allah itu,telah peruntukkan jodoh setiap diantara kita...jangan susahkan kerja Tuhan....kalau sayang dan cinta itu ada...dalam hati anda xkan ada syakwasangka...
terima kenyataan...doa...tawakal....itu lebih afdol.Insya-Allah...

...kata akhir sayangi diri dan maruah anda...

Jumaat, 26 Februari 2010

http://www.youtube.com/watch?v=JBMcJrjZ5qM

event maulidulrasul di masjid shah alam...

gambaran air pancuran yang berhadapan masjid negeri yang ziza pergi malam tadi...terdapat juga booth2 yang menjual pakaian2 seperti jubah, makanan ringan, buku2 rujukan agama dan sebagainya..

gambar masjid waktu malam..kuality xla lawa pown ..janji ader..hahaha...
 
ade gak penyanyi yang datang ala2 arabic gitu...mungkin malam tadi adalah hari pertama event ni jadi xbrape ramai yang hadir ...cian nyer...esok malam ziza nk g tengok lagi...jom la kawan2..

 
booth2 yang menyertai event ni mengelilingi water feature tu...persekitaran kat sini pada waktu ziza datang sejuk je...tenang....alunan-alunan lagu memuji Ilahi menemani cuping telinga..

jasa ibu...

ibu yang menyediakan 5 jenis sarapan berbeza untuk 5 anak lelakinya....
ibu memang kuat hatinya...
ibu memang kental jiwanya...
demi memenuhi kehendak 5 orang anak lelakinya yang berlainan kerenah.berlainan cara dan sikap..
demi 5 orang anak lelaki yang amat disayangi...
jalan hidup ini ditempuhi seorang diri tanpa keluh..
ada ketika ku lihat tapak tangan nya kelu bekerja seharian..
tapak kaki nya pucat akibat berendam hujan sepanjang petang...
ibu adalah kejadian Allah swt yang ajaib penahku lihat semuda usia ku...
yang tatkala itu hanya mampu memeluk boneka kecil yang tidak bernyawa...ayah pergi,,,,
 tidak lagi kembali....
tidur nya tidak lagi bangun dengan cerita-cerita kartun lucu yang sering ku dengari ketika lenaku kian bersahut...
 ibu....tidak pernah menangis apabila menyediakan 5 hidangan berasing untuk anak-anak lelaki nya walau tanpa kemampuannya...
ibu...ku lihat redho dengan ketentuan Ilahi..
ibu...hanya tersenyum dengan fitnah dunia...ibu tidak penah lupa berzikir dimalam hari
ibu juga tidak pernah lupa meniup doa didahiku dan 5 anak lelakinya ketika tidur..
ibu...tokoh hatiku...
ibu...miliki seribu ketulusan hati,kebenaran dalam cerita-cerita tauladan...tidak pernah ada dendam dalam hatinya...ibu cuma ada senyum tawa dan usia yang makin pudar....doaku buat ibu seluruh dunia...tenanglah kalian di syurga Ilahi...

aku dan tawa senja...

pernahkah anda melihat panoramik senja??
bila di adaptasi kan jiwa dalam situasi itu ia bagaikan sayuan yang panjang, kelu, kekesalan dan sesuautu yang tiada kesudahan...
meniti hari-hari yang mendatang....
perjalanan yang tiada sempadan...
namun tiada alasan untuk kita berundur dan fokus mengadap benda2 yang menjatuhkan jiwa kita sendiri...
berdirilah di atas konkrit yang teguh demi sebuah perjalanan ini...
sentiasa kuat dan kental pegangan...
jangan sesekali bergantung pada dahan yang rapuh..
bina hidup dan pegangan sendiri...
berusaha demi kejayaan yang hakiki...

Khamis, 25 Februari 2010

anda wanita brkerjaya

Wanita yang bekerja merangkap isteri dan ibu sering kali berdepan dilema atau terdetik perasaan bersalah apabila tidak dapat sentiasa bersama anak, terutama jika anak dalam tahap pertumbuhan yang memerlukan perhatian lebih.

Meninggalkan anak hanya bersama dengan pengasuh sememangnya ingin dihindarkan tetapi sering kali wanita berkerjaya tiada pilihan kerana pekerjaan di pejabat pun mendesak untuk segera diselesaikan.

Hakikatnya, kesibukan pekerjaan dan keluarga adalah dua hal sering kali membuat wanita berkerjaya sukar membahagikan waktu. Tuntutan di tempat kerja biasanya menjauhkannya dari rumah dengan tugasan mesti dilaksanakan dan sesuatu yang tidak dapat ditunggu sehingga esok sehingga sukar meluangkan waktu untuk keluarga.

Bagaimanapun, usah berasa terlalu tertekan kerana ibu berkerjaya juga masih ada cara tertentu untuk berdamping dengan permata hatinya.

# Luangkan waktu sebelum anak tidur

Jika anda menganggap keluarga keutamaan dalam hidup, pastikan pulang dari tempat kerja sebelum si kecil tidur. Dengan begitu, walau pun sebentar anda tetap dapat menghabiskan waktu untuk berbincang bersama anak. Periksa lagi kelengkapannya untuk sekolah esok hari, pastikan pekerjaan rumah dan tugas lainnya sudah diselesaikan. Cara begitu, anak anda pun mengerti bahawa meskipun ibunya pergi bekerja, tetapi tidak bererti keperluannya diabaikan.

# Hujung minggu pastikan tanpa pengasuh

Hujung minggu adalah saat yang tepat untuk menyegarkan fikiran dengan berjalan-jalan bersama dengan keluarga. Paling penting sebenarnya adalah perhatian, meskipun hanya beristirahat di rumah, pastikan anda memiliki waktu yang berkualiti berdua dengan anak. Bagi wanita bekerjaya yang jadual kerjanya tidak cuti pada hari hujung minggu, lakukan perkara sama walaupun harinya berbeza.

# Dahulukan keutamaan

Jangan bawa pekerjaan di pejabat ke rumah. Di rumah, anda adalah milik suami dan anak-anak. Saat itu menikmati waktu berharga bersama keluarga tercinta.

# Komunikasi

Meskipun hanya sebentar, komunikasi adalah kunci utama. Sesibuk sekalipun bekerja, jangan lupa menghubungi anak di rumah dan pantau terus setiap kegiatannya. Jangan sampai anda tidak tahu apa saja yang dilakukan di rumah mahupun di tempat kegiatan lain kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan.

# Ambil cuti atau berhenti jika tiada pilihan

Memiliki anak adalah komitmen. Meskipun akan menjadi dilema, usahakan fokus mengambil berat mengenai anak khususnya pada kesihatan anak jika sedang sakit. Seboleh-bolehnya, anda sendiri yang membawa anak berjumpa doktor jika sakit. Berbuat demikian membolehkan anda akan mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai penyakit yang dihidapi anak dan bukan mendengarnya melalui orang lain. Tindakan yang anda boleh buat ialah mengambil cuti ataupun berhenti sementara jika keadaan terlalu mendesak.

Hadis Tentang Perkahwinan

01. Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

02. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".

03. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."

04. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)

05. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.

06. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

07. Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)

08. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)

09. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)

10. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.

11. "Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)

12. "Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

13. "Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)

14. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).

15. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

16. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."

17. Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."

18. "Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)

19. Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.

20. "Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)

21. "Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

apakah itu zina?

DAHULU saya seorang yang bergaul bebas dengan perempuan. Kemudian masuk universiti dan sampai sekarang saya berubah dari segi pergaulan dan pakaian.

Ketika itu, saya pernah tidur dengan seorang perempuan iaitu bekas kekasih saya. Saya ada menyentuh kemaluannya menggunakan jari. Adakah ini dikira berzina?

Saya runsing apabila memikirkan masa silam saya. Kadang kala saya takut dengan azab yang bakal saya terima daripada Allah.

IZAM,
Selangor.


JAWAPAN
SECARA umum zina ialah persetubuhan haram. Hukuman had (jamak, hudud) dikenakan bagi persetubuhan haram yang secara fizikalnya membabitkan "perbuatan memasukkan hasyafah (kepala zakar) lelaki ke dalam faraj perempuan."

Menurut as-Shirazi, zina ialah "persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki Islam yang hidup di dalam negara Islam dengan seorang wanita yang dianggap haram disetubuhi tanpa akad atau seumpamanya dan tanpa hak milik atau seumpamanya sedang dia seorang yang waras, baligh, bebas memilih dan tahu perbuatannya itu adalah haram.

Ibn Qudama menyatakan, zina ialah "menyetubuhi pada kemaluan secara haram tanpa syubhah" (Paizah Haji Ismail, 1996: 174).

Perbuatan lain tidak termasuk dalam zina yang dikenakan hukum had termasuklah menyentuh kemaluan kekasih menggunakan jari, bercium, berpeluk, berkhalwat atau tidur bersama atas katil.

Perbuatan itu dikira perbuatan maksiat dan dikira percubaan melakukan zina atau mukaddimah zina.

Walaupun tidak dikenakan had, mereka boleh dikenakan hukum takzir (menurut bahasa, pencegahan).

Memandangkan anda sudah terlanjur berbuat demikian, anda hendaklah bertaubat kepada Allah dengan disematkan azam tidak mengulangi perbuatan keji itu. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan boleh membawa kepada jenayah zina.

~ Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

Selasa, 23 Februari 2010

karaoke jam 3 ptg..

sory la kengkawan mcm tak larat nak join u all...a
pe2pown hope u all heppy k...
rase nk tido, coz ptg nanti nak pg jogging lagi kan..huhu..
jumpa kat tmpat biasa...adiosssss

Isnin, 22 Februari 2010

baru smlm create blog nih...hehe

biar pun usia blog ni xsampai 1hr..
tp aku gembira membuka n menyatakan ape2 saja yang terlintas dipikiran...
terima kasih sahabat kerana sentiasa menemani aku tatkala aku merundung duka..
luv u all..hahaha...lega hati setelah abis jogging dan solat mgrb..lega sgt2...

mmm nk makan ape yer malam nih...
nak cari sup yang sedap bagus untuk mood malam...haha
da ajak acik temankan..thanks sayang..haha..
k la nak bersiap..malam2 sikit kita bersurah...insya-Allah..

it;s so hard...

Dalam hatiku saat ini,
menjerit itu mengatakan privacy sangat penting dalam hidup saya saat ini ...
pernahkah anda menemukan seseorang kalau anda sekarang sudah menyesal kerana anda mengenali ...
hrmmm ... tekanan .. dia selalu membawa impak yang sangat berat dalam kehidupan anda melihat ke dalamnya .. .. mungkin itu misi kami untuk mengalami sesuatu yang sangat berat sehingga tidak akan lulus jika kita mengenali orang lain ...

Lo ..
Tidak ada yang lebih baik daripada kondisi ilahi ...
meskipun ruangan telah berlalu .. Allah masih ada untukku ..
terima kasih masih belum terlambat ....

sejauh mane seorng isteri menyintai suaminya..

cintakah seorang isteri kepada suaminya sekiranya tidak menjaga maruah suaminya?
pelik..setelah melahirkan 3 oarang anak isteri masih tidak meletakan kepercayaan kepada suaminya sendiri.. ade kala setiap nombor dari list contact suami diserang..difitnah,diganggu..sedangkan peninggalan suami mencari rezeki dengan harapan si isteri mendidik anak denagn agama, kasih sayang dan rasa hormat. namun masakan anak, rumahtangga..kredit telepon yang diberi suami digunakan mencaci.mengada-adakan cerita sensasi...hingga mengugut orang lain..pelik..

wahai si isteri...
usah kau tanya, mengapa hati kamu tidak tenang, tiada bahagia, kau rasa dirimu tergugat setelah kau miliki zuriat dari suami yang kau cintai...malang sekali sekiranya..
sepatutnya kau meneliti dimana lagi kebahagian yang boleh kau amati dari suami tercinta..
boleh jadi tindakan mu ini membuatkan tawar hati sang suami..ermmm..mungkin suami lupa untuk mengjenguk mu bertahun lama, mungkin juga suamimu lupa bertanyakan adakah anak-anaknya sudah mempunyai surat lahir atau tidak????

wahai si isteri,,,
bicaraku dari sudut yang amat teraniaya..
hatiku berduka kerana fitnah mu..
firasatku pudar kerana imarahmu yang tidak ku tahu hujung pangkalnya..
bertaubatlah ke jalan Ilahi...
selagi dirrimu bernafas selagi doa aniaya ku tidak sampai ke muka langit yang luas....subhan-Allah

Sabtu, 20 Februari 2010